|
|
Pengorbanan Seorang "AYAH"
INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka
memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum,
pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.
Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa
berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah
kepada kita.
Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan
pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.
Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan
menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada
kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya
berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu
menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak
keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan
rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan
ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana
keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan
24)
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah
menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu
bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga
jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki
peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.
Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid
kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.
Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.
Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada
Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan
bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa
yang membesarkannya.
Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita
saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika
kecil.
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka
janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam
pihak yang benar.
Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan
berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar
manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu
tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk
tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya:
“Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah
membalas jasa ibuku?”
Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh
Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan
rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali
silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.
Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun
duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.
Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus
didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya –
didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.
Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak.
Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun
kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk
apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis
Riwayat: Ahmad)
Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat
baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat
kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku
sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu
mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah
kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah
Luqman: 14-15)
Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.
Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.
Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama
mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka
sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?
Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka
sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita
dahulu.
Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya
kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak
soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah
pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia
bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab:
“Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar
Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang
bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya,
keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta,
namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang
dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila
dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu
dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka
lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)
Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi
kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila
Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.
Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.
Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya.
Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu
bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk
hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah
menzalimi hamba-Nya.
Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk
ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.
Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.
~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau
permudahkan segala urusannya Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari
segala mala petaka amin…….
Thanks for reading :)
Older Post
About../div>
Hello Earthlings! im human just like you~
Hello, My name is Muhammad Yusuf Hakimi Bin Abd Samad, You all can call me "Yusuf" only. I am 14 years of age. I lived in Jerantut District. If you all know me add right. Interested can even FOLLOW. The thing that most do not like is, people are arrogant, Alright, that's all from me .. Good bye ... Meet from me.
© Profile Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogger
*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ Yusuf Hakimi*´¨)